2.0

juta penghidap asma

90%

kes asma yang tidak terkawal

50%

kanak-kanak mengalami nafas berbunyi
pada umur seawal 6 tahun

Asma adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati. Penyakit ini boleh menjejaskan sesiapa sahaja dalam lingkungan umur dari seawal 6 tahun.

Ujian Kebergantungan Inhaler Pelega*

Ini adalah ujian yang direka untuk membantu anda, doktor, jururawat atau ahli farmasi untuk memahami pandangan anda terhadap inhaler pelega*. Ujian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada anda terlalu bergantung kepadanya.
Ini bukan nasihat perubatan. Kami seru agar anda tidak menukar atau berhenti menggunakan ubat anda tanpa berbincang dengan doktor anda.
*Inhaler pelega merujuk kepada Short-Acting Beta2-Agonists (SABA).

Penggunaan inhaler pelega* untuk merawat simptom adalah kaedah terbaik untuk menangani asma.

Saya tidak risau akan asma apabila saya mempunyai inhaler pelega* bersama saya.

Inhaler pelega* saya adalah satu-satunya rawatan asma yang saya diperlukan.

Manfaat menggunakan inhaler pelega* memudahkan saya mengatasi sebarang bahaya.

Saya bergantung lebih kepada inhaler pelega* daripada Pencegah Inhaler Steroid.

KEPUTUSAN ANDA


SKOR ANDA

0

*Inhaler pelega merujuk kepada Short-Acting Beta2-Agonists (SABA)

APA YANG PATUT DILAKUKAN KETIKA KECEMASAN ASMA?


Jika anda, kawan ataupun ahli keluarga anda mengalami serangan asma, sila ikuti nasihat kecemasan berikut.


Langkah 1

Ambil 2 sedutan ubat sedutan pelega, 1 sedutan pada satu masa.


Langkah 2

Duduk tegak dan bertenang.


Langkah 3

Tarik nafas panjang dengan perlahan dan hembus.


Langkah 4

Ambil 1 sedutan ubat sedutan pelega setiap satu minit jika tiada perubahan.


Langkah 5

Hubungi talian kecemasan 999 jika simptom tidak berubah selepas 10 minit atau jika anda risau.


Langkah 6

Ulangi langkah 4 jika setelah 10 minit ambulans masih belum sampai.

Bincanglah dengan doktor rawatan anda tentang rancangan tindakan asma anda

HIDUP DENGAN ASMA

Anda tidak bersendirian. Asma adalah satu penyakit yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja.
Di sinilah kita berkongsi kisah hidup sebenar yang ditulis oleh orang yang hidup dengan asma.

PESANAN DARIPADA
KETUA PENGARAH KESIHATAN


Asma merupakan satu penyakit yang melibatkan ramai individu di Malaysia.

Walaupun dengan adanya kemajuan dalam rawatan moden, penghidap penyakit asma kini tersebar luas dan semakin meningkat. Antara prinsip asas bagi pengurusan asma yang baik ialah kesedaran dan kawalan di kalangan pesakit. Oleh itu, promosi kesihatan amatlah penting.

Dengan ini saya mengalu-alukan pelancaran Asma Malaysia sebagai platform untuk mendidik dan memperkasakan pesakit yang menghidap asma. Kementerian Kesihatan sentiasa menyokong inisiatif sedemikian yang melibatkan pesakit dan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih memuaskan.

Saya doakan yang terbaik untuk Asma Malaysia dan akan nantikan kempen kesedaran kesihatan mereka.